Pastinya ramai peminat ‘Roti Boy’, kalau dahulu pantang nampak pastinya sanggup beratur panjang untuk beli. Kalau lalu dekat sebelah kedai dalam kompleks beli-belah, pastinya aroma meresap sampai ke lubang hidung.
Resipi yang dikongsi Ida Zaida ini hanya menggunakan sukatan cawan, tidak perlu guna ala penimbang. Kalau buat pastinya rumah penuh dengan aroma kopi, hati-hati takut jiran serbu pula nanti.
Resipi Roti Boy Cara Mudah
Bahan A:
1/4 cawan Air sejuk
2 sudu yis
1 sudu gula
1 sudu susu pekat (saya guna susu tepung anak 2 sudu)
2 cawan tepung
1 biji telur kuning
1 sudu mentega
Bahan B: Topping
1 sudu mentega
4 sudu gula perang (bergantung nak banyak mana)
1 biji telur
Air bancuhan nescafe (saya guna 3in1)
2 sudu tepung gandum
1 sudu tepung jagung
Cara Membuat (Doh Roti):
1. Satukan semua bahan-bahan A ke dalam mangkuk. Uli sampai sebati. Saya uli dengan mixer sekejap sahaja dah gebu, nak uli dengan tangan pun boleh.
2. Bentukkan doh bulat-bulat, bubuh sedikit potongan butter berserta sedikit gula (bagi rasa lemak-lemak manis).
3. Bila doh dah mengembang elok. Letak topping barulah dibakar.
4. Bakar suhu 170 selama 20 minit hingga masak (mengikut oven masing-masing).
Bahagian topping:
1. Satukan semua bahan B bersama
- air bancuhan nescafe (2 sudu nescafe+2 sudu air panas)
atau
- Nescafe 3in1 1 paket,tanpa perlu dibancuh dengan air, masukkan je terus.
2. Kacau rata sampai sebati dan boleh letak atas roti dan bakar.
Buat ibu-ibu atau orang bujang bolehlah cuba untuk minum petang bersama keluarga atau rakan-rakan. Selamat mencuba.
Baca Juga: Lelaki kongsi resipi pasta carbonara ‘asli’, baru tahu tak perlu guna susu sebenarnya
Baca Juga: Cahaya menerangi hingga ke Jumaat berikutnya, ini manfaat amal baca Surah al-Kahfi