Kehilangan ahli keluarga pastinya memeritkan buat seseorang terutamanya jika yang pergi dahulu adalah adik sendiri. Seorang lelaki berkongsi Whatsapp yang diterima rakan adiknya yang meminta sijil kematian dengan alasan kecemasan.
Lelaki tersebut berkongsi di Twitter, Asyraff MF (@asyraffmfauzi) mengenai rasa terkilannya yang masig lagi menangisi kepergian adiknya dan terpaksa pula melayan kerenah wanita yang meminta salinan surat kematian adiknya.
“Kalau kau ada kecemasan, kenapa nak guna surat mati orang lain. Otak letak mana? Kau tak reti hormat orang baru meninggal ke? Kau ingat ni Klinik ambil MC ke?
“Saya sebagai abang arwah, bukan apa, saya rasa terkilan. Sebab kami sekeluarga pun belum dapat apa-apa keputusan dari Hospital dan masih lagi menunggu panggilan.”
Tujuannya memuat naik hantaran ini adalah sebagai kesedaran dan peringatan untuk semua dan bukannya berniat untuk memalukan atau menghina siapa-siapa.
“Cara yang salah boleh menyingung perasaan orang lain. Lagi2-lagi soal kematian.”
Antara komen netizen:
“Nanti dia meninggal kita buat salinan sijil kematian dia ramai ramai, photostat kemudian pass biar semua dapat cuti, bodoh perempuan ni takde akhlak,” komen G.
“Dia datang melawat ke masa arwah nak kebumi? Sebab tu ke dia minta salinan sijil?” komen Maira
Ada juga yang netizen berkongsi mengenai perkara yang tak sepatutnya berlaku terjadi semasa kematian ibunya.
“Teringat masa mak aku meninggal, ada jiran yang tak rapat dengan kami cakap nak ambil pembantu rumah yang bekerja dengan keluarga kami untuk kerja dengannya. Cakap depan jenazah mak aku ya, biadap betul orang yang tak ada common sense ni,” komen Jera.
Ada juga yang tampil menyatakan kebenaran di sebalik tuan empunya badan yang minta salinan sijil kematian ini.
Asyraff membalas komen tersebut dengan menyatakan dia sudah memaafkan wanita tersebut cuma terkilan.
“Dah maafkan pun. Terkilan la, jenazah masih lagi di Forensik belum selesai urusan kebumi semua. Orang dah minta surat mati. Biarlah ahli keluarga selesai urusan semua barulah nak mintak surat ke. Bukannya taknak bagi, cuma cara tu salah.”
Baca Juga: Lelaki maut tersepit, kereta rempuh pembahagi jalan
Baca Juga: Walau maklumat di hujung jari, sastera lisan dilupa jangan