‘Terlepas orientasi ke’ – Netizen terhibur bayi lahir tak menangis, asyik termenung sahaja

Perkara pertama yang dilakukan oleh bayi apabila dilahirkan adalah menangis sepuas hati, namun bila bayi ini hanya diam ia mencuit hati para netizen. Tidak menangis, bayi ini dilihat seperti termenung memikirkan masa depan.

Video tersebut dikongsikan bapa kepada bayi tersebut di TikTok miliknya @popoayah. Video tersebut telah dilih 2.5 juta kali dan tanda suka sebanyak lebih 300,000.

 

Apa yang menarik perhatian ramai termasuk netizen adalah bayi itu hanya diam sambil termenung jauh serta tidak menangis.

“Dari mula azan sampai masuk wad memang diam je dia tapi alhamdulillah cepat berjalan dan cakap”.

Lebih terhibur apabila netizen meninggalkan komen mengenai bayi itu yang terlepas orientasi bayi dan menyebabkan dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan selepas lahir ke dunia.

komen netizen

komen netizen

komen netizen

Baca Juga: Jangan sesuka hati cium bayi orang, bimbang terbagi penyakit pula

Baca Juga: ‘Mana Zahid Hamidi? Cakap hari tu nak turun redah banjir’