Berpantang maut sebelum ajal!
Seorang bayi di Jordan ditemukan masih bernyawa, meskipun terperangkap dalam sisa runtuhan bangunan empat tingkat.
Bayi perempuan bernama Malak itu digelar ikon ‘harapan dan kehidupan’ dan dia dianggap sebagai satu keajaiban di negara Timur Tengah itu.
Bayi berkenaan ditemui selepas 30 jam kejadian yang turut mengorbankan 14 nyawa dalam kejadian di Jabal al-Weibdeh, pada 13 September lalu.
Ibu Malak, Israa Raed, 26, memberitahu dia berfirasat anak perempuannya yang terperangkap di bawah sisa runtuhan itu, masih hidup.
Ketika kejadian berlaku, dia meninggalkan anaknya bersama seorang rakan yang tinggal di aras bawah tanah bangunan berkenaan, kerana mahu menghantar pesanan barang kosmetik.
Dalam video penuh menyayat hati itu, Malak dilihat diselubungi debu namun masih bernafas ketika ditarik keluar dari runtuhan.
Baca Juga: MetMalaysia uji siren sistem amaran awal tsunami di Labuan esok
Baca Juga: Ugut kanak-kanak guna bahan pornografi, lelaki warga asing ditahan