Seorang lelaki ditemui lemas selepas dihanyutkan arus deras dan tersepit di celah batu di Sungai Semungkis, Hulu Langat, hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 11.40 pagi tadi.
“Seramai lima anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi, kami dimaklumkan seorang lelaki berusia 22 tahun lemas selepas dihanyutkan arus deras dan tersepit di celah batu di sungai berkenaan,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan, hari ini seperti dilaporkan Harian Metro.
Katanya, pihak bomba mengeluarkan mangsa dengan bantuan Unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) jam 11.53 pagi tadi.
“Mangsa berjaya dibawa naik oleh pasukan bomba jam 1.21 petang tadi dan disahkan meninggal dunia di lokasi.
“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya lagi.
Baca Juga: Bukan biasa-biasa, lelaki ni guna air panas untuk cuci muka
Baca Juga: [VIDEO] Gara-gara ayahnya pakai baju sama, kanak-kanak ini ‘tersilap’ bapa
Baca Juga: