Tersuka rakan satu tempat kerja sebab suami tak layan, netizen perli tah-tah suami dia pun jaga perasan wanita lain

Kes curang di tempat kerja bukanlah perkara ganjil malah sering berlaku. Sebagai seorang suami atau isteri, hadkan pergaulan anda dan jagalah batas kerana curang adalah dosa besar.

Seorang wanita menimbulkan kemarahan ramai apabila memuat naik pengakuan sudah jatuh hati dengan rakan sekerja hanya kerana diberikan perhatian dan tidak menerima layanan sama daripada suami sendiri.

Senang betul jatuh hati

Hanya kerana lelaki tersebut ‘caring’, wanita itu mula terjatuh hati padahal sudah berstatus isteri orang malah lelaki tersebut juga sudah mempunyai isteri dan anak.

“Aku crush kat sorang lelaki kat pejabat aku kerja sekarang. Dia ni lemah lembut, bijak, lepastu kacak. Masalahnya, dia suami orang tau.”

Tidak hanya itu, dia juga meluahkan rasa sukar untuk membuang perasaan tambahan lelaki tersebut kini dipindahkan ke jabatan yang sama dengannya.

“Sekarang ni pula, kami dah jadi satu jabatan. Lepas tu dia akan tegur; “Dah makan?”, “Sihat?”, “Kalau penat pergilah tidur dulu kat surau”. Dia memang caring macam tu.

Cemburu dengan isteri rakan sekerja

Tak cukup dengan jatuh hati, wanita tersebut membandingkan pula suaminya dengan lelaki tersebut. Malah wanita tersebut cemburu dengan layan yang diterima isteri kepada rakan sekerjanya itu.

Netizen mula membanjiri ciapan tersebut dengan meningatkan wanita tersebut membetulkan niatnya ke kerja untuk mencari rezeki dan bukannya bercinta.

Tersuka rakan satu tempat kerja sebab suami tak layan

Tersuka rakan satu tempat kerja sebab suami tak layan
Tersuka rakan satu tempat kerja sebab suami tak layan

Baca Juga: Dah biasa naik kereta mahal sebab tu malu naik kereta Iswara, netizen minta ibu bapa ajar anak untuk bersyukur

Baca Juga: Dakwaan salah guna dana RM600 bilion: Muhyiddin, Khairy, Zafrul dijangka dipanggil SPRM