Tertelan tulang ikan, lelaki maut selepas usus bocor

  • Post author:

Siapa menyangkan tulang ikan yang bersaiz 2 sentimeter mampu menyebabkan usus untuk bocor. Seorang petani di Sri Lanka maut selepas terkena jangkitan akibat tulang tersebut.

Mangsa yang berusia 61 tahun pergi ke hospital selepas mengalami sakit perut, muntah dan sembelit selama tiga hari. Doktor mula mengesyaki ada jangkitan pada perutnya dan imbasan mendapati perut mangsa dipenuhi dengan cecair

Disebabkan cecair itu, buah pinggang mangsa juga dikatakan telah berhenti berfungsi dan menunjukkan tanda-tanda sepsis, di mana sistem imun badan bertindak menyerang organnya sendiri.

Tulang ikan sebabkan usus berlubang

Selepas pembedahan dilakukan, pegawai perubatan menemui lubang kecil pada usus mangsa yang dipercayai berpunca daripada tulang ikan sepanjang 2 sentimeter lapor Insider.

Serpihan tulang itu telah membocorkan usus mangsa sehingga menyebabkan najis meresap keluar dan kuman menjangkiti dinding perutnya. Usus mula membesar dan nanah kuning terkumpul di sekeliling lubang itu.

Doktor kemudian cuba menghiris sebahagian usus mangsa dan mengalirkan lubang tersebut dengan tujuan untuk menyambung semula usus yang sihat selepas jangkitan dihapuskan.

Malangnya, pesakit itu tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia akibat serangan jantung hanya lapan jam selepas dimasukkan ke bilik kecemasan.

Baca Juga: Terkilan rakan minta sijil kematian adik, lelaki kongsi sebagai peringatan

Baca Juga: ‘Hairan, kenapa perokok tak makan sama puntung yang hujung sekali tu’ – Sindiran ini buat perokok tegar sentap