Ais krim Haagen-Dazs boleh dikatakan antara ais krim yang mahal untuk dibeli namun Thailand tetap melupuskan lebih 28,000 ais krim jenama tersebut dengan anggaran nilai 12 juta baht (RM1.4juta) walaupun ujian menunjukkan ia tidak tercemar dengan racun perosak.
Dunia dikejutkan dengan penarikan balik antarabangsa ais krim Häagen-Dazs yang telah diedarkan kepada kira-kira 80 negara baru-baru ini.
Tindakan tersebut dilakukan di Samut Prakan semalam walaupun sampel itu didapati tidak mengandungi bahan kimia ethylene oksida yang dikaitkan dengan kanser.
Tindakan tersebut di ambil selepas beberapa negara Eropah menarik balik ais krim jenama itu dengan tarikh luput antara 16 Mac dan 23 April 2023 yang dikhuatiri tercemar dengan racun perosak.
Timbalan Setiausaha Agung Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA) negara itu, Weerachai Nolwachai, berkata, mengesahkan tiada satu kumpulan produk yang mengandungi bahan tercemar diimport ke Thailand
Ketika itu, FDA Thailand mengesahkan bahawa tiada satu pun kumpulan produk yang mengandungi bahan tercemar itu diimport ke Thailand.
“Pemeriksaan FDA mendapati bahawa produk yang dinamakan dalam amaran itu tidak diimport ke Thailand.
“Walau bagaimanapun, Jagota Brothers Trading Co., pengimport tempatan Haagen-Dazs yang dimiliki oleh pengeluar Amerika Syarikat (AS) General Mills, telah menarik balik produk itu dan memusnahkannya.
Pengambilan ais krim yang terjejas tidak menimbulkan risiko kesihatan serta-merta tetapi terdapat peningkatan risiko jika dimakan berterusan dalam kuantiti yang banyak.
Sejak 2020, terdapat kira-kira 3,000 arahan penarikan balik disebabkan ethylene oksida di Eropah.
Baca Juga: Sanggup tipu orang tua, warga asing jual telefon bimbit palsu dengan harga 1.2 juta rupiah