Tiada akaun TikTok, Elfira minta pengguna laman maya buat laporan terhadap akaun yang guna namanya

  • Post author:

Pelakon Elfira Loy, meminta warga maya membuat laporan terhadap satu akaun TikTok yang dikenal pasti menggunakan identitinya.

Elfira berkata, individu tersebut menggunakan nama asalnya, @elfiraloy dengan memuat naik video-video miliknya yang diambil dalam Instagram.

Dalam perkongsian di InstaStory, Elfira atau panjanganya, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, memuat naik tangkap layar profil akaun tersebut yang memiliki lebih 67,000 pengikut.

Malah, apabila dilihat pada tangkap layar itu, jumlah tanda suka akaun tersebut mencapai lebih 639,000.

“Saya dapat tahu ada orang guna nama saya buat akaun TikTok. Dia ambil semua video dari Instagram dan kongsi. Tolong report individu itu.

“Saya tiada TikTok dan tiada akaun TikTok. Cuba kalian pergi tengok dan report,” gesanya.

Bagaimanapun tidak lama selepas itu, Elfira memaklumkan akaun berkenaan telah pun ditukar nama.

“Ini bukan saya! Tapi dia dah tukar nama pengguna. Laju dia tahu ya,” tulisnya lagi.

Baca Juga: Pengurusan PN tidak sistematik, 70 petugas Masjid Tanah tukar parti

Baca Juga: https://themalaysialife.com/nasib-mengidam-nak-pegang-memerang-kak-bukan-harimau-netizen-seloroh-kepada-akak-mengandung/