Tiba-tiba jerung muncul, nasib baik wanita ini tenang kawal keadaan 

  • Post author:

Mengerikan apabila seorang ahli pemuliharaan marin yang sedang bersiap sedia untuk terjun ke dalam laut nyaris memasuki mulut seekor jerung ketika haiwan itu muncul secara tiba-tiba di tepi bot dinaikinya.

Berdasarkan rakaman video, ahli biologi marin bernama Ocean Ramsey itu bersedia untuk terjun daripada bot, namun secara tiba-tiba seekor jerung harimau muncul di tepi tangga sambil membuka mulutnya.

Bagaimanapun wanita itu hanya tertawa dan menyapa jerung yang telah lama dikenalinya serta dinamakan sebagai Queen Nikki.

“Saya sayang akan jerung harimau tersebut. Saya membesar dengannya, mungkin kami menjadi remaja pada waktu sama.

“Jadi, saya telah mengenalinya selama 20 tahun,” kata Ramsey.

Menurut Ramsey, Queen Nikki bertindak balas seperti itu kerana dia menghampiri air laut terlalu pantas.

“Saya dapat melihatnya dan ia berada amat hampir sekali. Dengan kelajuan tersebut, ia kelihatan seperti ia benar-benar berada di hujung sirip renang saya.

“Terdapat kawanan ikan kecil di dalam air, jadi, saya dapat melihat Queen Nikki berenang dengan laju. Daripada itu, saya tahu bahawa saya perlu berundur segera,” cerita Ramsey lagi.

Video kredit: Instagram Juansharks

Baca Juga: ‘Nasib baik pakai mask’ – Member pelik kad asyik ‘decline’ rupanya guna kad…

Baca Juga: “Kucing ni penat agaknya layan tetamu”, netizen geli hati tengok si comel ni boleh tidur dalam kebasahan