Tidak konsisten, kontrak Mick Schumacher dan Haas bakal berakhir

Siapa sahaja tidak mengenali legenda Formula Satu (F1), Michael Schumacher yang bersara pada 2012 , kini anak lelakinya pula meneruskan kerjaya seperti bapanya namun tidak konsisten hingga menyebabkan dirinya bakal ditamatkan kontrak.

Mick Schumacher, 23, dikatakan tidak konsisten hingga menyebabkan pasukan Haas, Guenther Steiner tidak mahu memanjangkan kontrak bersamanya lagi dan Schumacher kini hanya berbaki enam perlumbaan bersama pasukan tersebut.

Anak legenda F1 itu hanya meraih 12 mata sahaja pada musim ini dan dibanding dengan Kevin Magnussen yang dikatakan mempunyai prestasi yang lebih baik daripadanya serta kembali menyertai pasukan itu selepas pelumba Rusia, Nikita Mazepin disingkirkan.

Laporan mendakwa Schumacher dijangka meninggalkan pasukan pada penghujung tahun ini. Pelumba Jerman itu masih muda dan mencuri tumpuan ketika menyertai P6 di Austria dan P8 di Silverstone awal tahun ini.

Tetapi keputusan selain itu mengecewakan dan ketua pasukan, Steiner mengesahkan masih ada tempat untuk pelumba lain di Haas.

Ketika ditanya siapa akan bergandingan dengan Magnussen musim depan, Steiner berkata: “Ia belum ditentukan lagi. Kami menimbangkan yang terbaik untuk kemajuan pasukan.

“Secara jujurnya, kami tak tahu sama ada Mick akak kekal atau tidak. Dia berlumba dengan baik di Kanada, Britain dan Austria. Tetapi dia kurang konsisten dan perlu lebih kerap pamer prestasi cemerlang.”

Baca Juga: MetMalaysia uji siren sistem amaran awal tsunami di Labuan esok

Baca Juga: Ebit Lew jumpa pelacur di sebuah kelab malam di Jakarta