Tidak memilih kerja, pemuda ini gembira dengan tugasnya

  • Post author:

Gigih mencari rezeki yang halal tanpa mengira bidang pekerjaan, malah tetap gembira melaksanakan tanggungjawab diamanahkan.

Seorang lelaki membuktikan bahawa kerja mengutip sampah ini adalah sebuah pekerjaan yang menyeronokkan.

Menerusi video tular itu, pemuda itu dilihat cukup riang meskipun bekerja di bawah terik matahari.

Aksinya seakan-akan ingin terbang sudah cukup menggambarkan pemuda ini gembira dengan pekerjaan dilakukan walaupun ia kadang kala bukanlah kerja pilihan dalam kalangan anak muda.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan kata-kata yang positif kepada pemuda berkenaan.

“Yang penting happy… apa ada hal dengan kerja.. janji halal.”

“Sejuk hati mak ayah awak yee… semoga apa yang awak buat dapat pahala seluas air zam-zam.” kata seorang netizen.

Alhamdulillah, semoga pemuda ini dipermudahkan segala urusan dan diperluaskan lagi pintu rezekinya.

Baca Juga: Kampung di India larang guna telefon bimbit selepas 7 malam

Baca Juga: Datang Chow Kit penuh peniaga warga asing, kita dekat KL ke dekat Bangladesh?