Tiga hari mencari, akhirnya mayat nelayan dijumpai

  • Post author:

Hanya selepas tiga hari operasi mencari dan menyelamat dijalanlan, seorang nelayan menemui mayat nelayan yang dikatakan hilang semasa mencari hasil laut. Mayat ditemui terapung di laut Kampung Semera, Asajaya, pagi tadi.

Mangsa, Faddrul Razie Zaini, 30, yang hilang tiga hari lepas selepas jatuh ke laut semasa mencari hasil laut kini telah dijumpai.

Dijumpai nelayan lain

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak berkata, Pusat Kawalan Bomba (PKB) telah menerima maklumat daripada seorang nelayan yang menjumpai satu mayat terapung di laut perairan Sampun pada pukul 6.35 pagi tadi.

Nelayan yang menemui mayat tersebut telah membawa mangsa naik ke pantai dan menghantarnya ke PKB Pintu Air Kampung Semera. Mangsa juga telah disahkan oleh ahli keluarga sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya.

Baca Juga: Pasangan ni sambut ‘anniversary’ bermodalkan pasir pantai je

Baca Juga: Bermacam rupa nasi lemak, tapi nombor tiga tu ‘nasi alamak’