“Time mencarut clear pulak sebutan Ratu’ – Tak habis-habis ulang sebut benda sendiri

Sebagai pengguna media sosial seperti TikTok, anda pastinya kenal Ratu Farah yang selalu membuat kandungan mengenai ‘pick up lines’ yang boleh dikatakan ibarat syok sendiri kerana selalunya tersimpang jauh maksud dengan ayat yang cuba disampaikan.

Terbaru, rakaman video menunjukkan wanita tersebut cuba aktiviti flying fox di resort milik Datuk Seri Aliff Syukri namun yang menarik perhatian adalah kata-kata kurang sopan yang tak berhenti keluar dari mulutnya.

Berdasarkan video tersebut, Ratu kelihatan sangat takut untuk mencuba aktiviti berkenaan walaupun sudah lengkap memakai alat perlindungan diri.

@sugehresort

Jangan ikut macam @IG @ratu__tv ye mencarut naik flying fox #fyp #trending #percutian #sugehresort

♬ original sound – Sugeh Resort – Sugeh Resort

Warganet mula berasa kurang selesa apabila dia mengulang carutan untuk mengawal ketakutan yang di alami. Namun apa yang menarik tiada satu pun carutan yang berbunyi pelat sedangkan Ratu itu sendiri adalah pelat.

Ramai yang menasihatinya untuk beristighfar dan bukannya mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan apatah lagi perkataan itu dijeritkan di tempat umum dan dimuat naik di sosial media yang sememangnya dilihat oleh pelbagai peringkat umur.

Diharapkan anda yang memaklumkan mengenai hal ini kepadanya, tak semua benda boleh dilakukan hanya untuk terkenal di sosial media, apatah lagi kandungan yang dimuat naik akan kekal selamanya.

Baca Juga: Permohonan ke universiti gagal, Nora restu anak jadi penyanyi warisi bakat arwah suaminya

Baca Juga: “5 kali beritahu mak, siap ucap selamat pengantin baru cuma tak setuju pilihannya”-Abang Viva akui silapnya teruskan juga perkahwinan