TLDM tahan 14 kru, tiada dokumen tangkap ikan yang sah

  • Post author:

Sebuah bot nelayan Vietnam bersama 14 kru yang menceroboh perairan negara di kedudukan 30 batu nautika utara Pulau Tioman, ditahan petang semalam.

Bot nelayan itu berjaya ditahan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

TLDM dalam kenyataan memaklumkan, Kapal Diraja (KD) Pendekar mengesan enam bot nelayan Vietnam di kawasan terbabit semasa rondaan namun hanya berjaya menahan sebuah bot terhampir, manakala lima bot lagi berjaya melarikan diri.

“Hasil pemeriksaan mendapati 14 orang awak-awak dan tekong warga Vietnam tidak mempunyai dokumen penangkapan ikan yang sah,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, pemeriksaan lanjut menemukan sebanyak lapan peti simpanan berisi hasil laut dianggar bernilai RM1.5 juta.

Kesemua tahanan diserahkan kepada Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) KM Marudu.

Baca Juga: Padah tak dengar cakap doktor, wanita maut tercekik gigi palsu

Baca Juga: Pesawat tentera Rusia terhempas di bangunan kediaman