Bila berdepan kes dadah pastinya sami antara orang terakhir yang akan difikirkan. Namun di Thailand, sebuah tokong di tengah bandar kosong selepas kesemua sami yang berada di rumah ibadat itu ditahan selepas positif dadah.
Tokong tersebut diserbu selepas polis mendapat aduan mengenai penyalahgunaan dadah di rumah ibadat tersebut.
Terbukti aduan tersebut benar selepas empat sami termasuk ketua tokong di wilayah Phetchabun disahkan positif methamphetamine dalam ujian tersebut. Kesemuanya ditahan dan dibawa ke kelinik bagi menjalani pemulihan dadah.
“Tokong itu kini kosong dan banyak penduduk kampung bimbang kerana mereka tidak berpeluang menunaikan nazar tanpa kehadiran sami,” kata jurucakap pihak berkuasa, Boonlert Thintapthai.
Thailand merupakan antara negara transit paling aktif dalam penyeludupan methamphetamine dari Myanmar. Dalam pasaran di negara ini, sebiji pil dadah itu dijual pada harga kurang 20 baht (RM2.50). – AFP
Baca Juga: [VIDEO] Junjung motosikal ke atas, kekuatan lelaki ini buat netizen kagum
Baca Juga: Ohh rupanya kat Sea of Galilee pada 2019, kecohlah mamat ni buat fitnah