Tolak vaksin punya pasal, wanita pilih untuk kahwini lelaki lain

Bagi sesetengah orang, mereka mengambil vaksin untuk bukan sahaja untuk melindungi diri daripada terkana jangkitan COvid-19 tetapi juga untuk mengurangkan risiko apabila terkena wabak tersebut. Teman wanita kepada lelaki dari Indonesia ini memberi kata putus sama ada mahu mendapatkan suntikan ataupun tiada perkahwinan.

Lelaki dari wilayah Sumatera Barat tetap dengan keputusannya untuk menolak vaksin, dan beberapa bulan kemudian dia menerima undangan perkahwinan daripada si kekasih.

Dua tahun bercinta

Lelaki yang dikenali sebagai Putra itu memuat naik hantaran di Twitter mengenai situasinya itu. Dia memaklumkan terpaksa berpisah selepas dua tahun menjalin cinta hanya kerana dia menolah daripada divaksin.

“Gara-gara tidak mahu divaksin, rancangan kami untuk berkahwin terpaksa dibatalkan walaupun sudah bercinta selama dua tahun.

“Katanya (bekas kekasih), kalau tidak mahu divaksin, kami tidak boleh berkahwin. Selepas beberapa bulan berpisah, dia mengirim undangan perkahwinan,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Ramai yang sihat walaupun tak divaksin

Wolipop kemudian menghubungi Putra untuk bertanyakan hal tersebut. Menurut lelaki berusia 32 tahun itu, dia lebih rela memilih untuk ‘melepaskan’ kekasihnya supaya dia dapat berkahwin dengan jejaka lain.

“Ramai di luar sana yang tidak divaksin, namun mereka berada dalam keadaan baik sahaja dan sihat.

“Pilihan untuk menerima vaksinasi atau tidak adalah hak setiap penduduk negara ini. Kita mempunyai Pancasila yang menjunjung tinggi keadilan untuk semua rakyat,” kata Putra. – Agensi

Baca Juga: Cegah varian Omicron, Kementerian Kesihatan masih kaji pelaksanaan vaksin untuk golongan memerlukan

Baca Juga: Ekonomi dunia 2023 terus dijangka menguncup – Pakar ekonomi tanya ‘are we ready?”