Trafik keluar kota masih sesak, rakyat bakal tunaikan tanggungjawab sebagai pengundi

Bakal melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi, keadaan trafik di lebuh raya utama di Lembah Klang menghala keluar dari ibu kota masih lagi sesak dan perlahan di beberapa kawasan. Ini jelas menunjukkan rakyat Malaysia tidak sabar untuk memilih kerajaan yang bakal memimpin negara.

Setelah empat tahun berlalu, rakyat tidak sabar untuk melaksanakan tugas hakiki dalam memilih kerajaan yang bakal memerintah untuk empat kelima tahun akan datang.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Lembaga Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur Karak (KLK) sesak lebih 30 kilometer (km) bermula dari Plaza Tol Gombak sehingga ke Lentang.

“Trafik sesak dan perlahan sepanjang 29.7 kilometer dari Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2) bercantum di Plaza Tol Gombak sehingga KM44.5 berhampiran Lentang.

“Turut dilaporkan sesak dan perlahan kira-kira 2.7 km dari KM49.8 hingga KM 52.5 (Bukit Tinggi ke Lentang),”ujarnya.

LPT berkata, trafik juga perlahan kira-kira 500 meter sebelum Plaza Tol Karak arah ke Kuantan berikutan pertambahan kenderaan.

Sesak dan perlahan menghala ke utara

Di Twitter @llmtrafik, satu perkongsian ciapan melaporkan  beberapa kawasan di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara agak perlahan dan sesak.

“Trafik perlahan berhampiran hentian rehat dan rawat (R&R) Ulu Bernam ke Behrang; sebelum keluar Plaza Tol Behrang; Behrang ke Slim River dan sebelum keluar Plaza Tol Slim River.

“Turut perlahan dari Slim River ke Sungkai; selepas Sungkai ke Bidor; sebelum keluar Plaza Tol Behrang dan R&R Tapah ke Gopeng,”ujarnya.

Bagi arah Selatan pula, trafik dikatakan perlahan di kawasan Senawang ke Pedas Linggi, Hentian Rehat Pedas Linggi ke Simpang Ampat dan Restoran Jejantas Ayer Keroh ke Persimpangan Ayer Keroh.

Baca Juga: PRU-15: “Kita harap akan dapat kerusi majoriti mudah, momentum sambutan juga baik daripada pengundi,” – Anthony Loke

Baca Juga: Polis sahkan calon BN Pengkalan Chepa tiada rekod dengan MMC