Trend tukar pasangan suami isteri di Malaysia parah! Ada 147,000 ahli berdaftar

Rosak! Ternyata masyarakat Malaysia sudah mulai rosak dengan aktiviti yang jelas-jelas haram di sisi islam. Jika dibiarkan penyakit ini sudah pasti akan menjadi barah yang teruk di Malaysia.

Semalam kita dikejutkan dengan penangkapan ketua sebuah aplikasi web untuk bertukar pasangan suami isteri. Apa yang mengejutkan adalah jumlah pelanggan dalam aplikasi tersebut. Seramai 147,000 pelanggan yang mendaftarkan diri dalam aplikasi tersebut.

Cerita ini berlaku di Malaysia, bukan Amerika Syarikat atau negara barat yang lain. Buat app swinger (tukar pasangan) and gang bang (sexual act berkumpulan). Nak join daftar dalam app bayar, organiser uruskan seterusnya.

Masyarakat kita dah mula bertukar perlahan-lahan menjadi highly sexualised society macam barat. Di mana hal-hal berkaitan sexual dah ada di mana-mana, di angkat ke main stream, di normalisasi, bila disanggah akan dianggap ‘extreme’.

Semuanya bermula secara halus.

Difahamkan, sindiket ‘swinger’ yang beroperasi secara atas talian itu menawarkan pelanggan peluang melakukan hubungan seks secara bertukar pasangan selain menyertai kegiatan persundalan berkumpulan di dalam kondominium sekitar Lembah Klang.

Antara pelanggan yang ditahan merupakan penuntut universiti dan petugas awam yang masing-masing dikenakan bayaran RM388 untuk menjadi ahli kegiatan tersebut.

Baca: Durian Thailand makin laris di mata dunia, jauh kalahkan ‘raja buah’ Malaysia