“Tua-tua nak jadi penyondol juga”- Netizen kecam wanita dah berusia rampas suami orang

  • Post author:

Penyondol dan perosak rumah tangga sudah tidak mengenal usia daripada yang muda hingga ke tua padahal ramai lagi lelaki diluar sana tapi suami orang juga yang menjadi idaman hati.

Sorang wanita berkongsi di Facebook miliknya mengenai suaminya yang berlaku curang dengan seorang wanita yang juga berumur. Tidak hanya berlaku curang, pasangan baru kepada suaminya itu mahukan penceraian di antara wanita itu dengan suaminya

“Pertama sebelum rosakkan rumah tangga orang lain kena sedar diri, kena tahu orang yang kau nak ambil tu ada tanggungjawab yang besar terhadap keluarga dia.

“Bukan aku menidakkan hukum poligami, sebab memang Allah dah tentukan. Tapi bukannya kau rampas dah suruh pulak ceraikan aku untuk kesedapan hidup kau.

“Kau kena fikir dia ada anak-anak yang masih kecil jauh perjalanan hidup mereka. Bukan senang-senang kau suruh laki aku untuk bercerai sahaja,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Suami balik dengan cacian dan makian

Si suami pula dua kali lima sahaja dengan si penyondol, setiap kali pulang ke rumah bukan nak sajikan dengan duit tapi dengan caci maki supaya senang isteri tuntut cerai nanti.

“Apalagi aku tahu hubungan korang lagi bertambah tak sabar masing-masing provoke aku untuk berpisah. Aku yang daif ikutkan dah telah pun failkan. Kononnya suami aku kata perempuan tu nak bermadu tapi aku yang tak nak, jadi akulah yang bersalah sebab minta cerai.

Sedap bermaksiat di rumah rehat Tnb

Wanita itu juga membongkarkan kegiatan suaminya yang bermaksiat di rumah rehat yang disediakan Tnb untuk ahli keluarga namun disalahguna oleh lelaki tersebut untuk bersama dengan perempuan simpanan.

“Dalam masa yang sama korang buat maksiat duduk rumah rehat Tnb Pd yang TNB sediakan utk keluarga sahaja, tempat kau mencari nafkah tapi bersuka ria duduk di sana bersama perempuan tu.

“Itu sebelum kau kahwin dengan perempuan tu kau dah berani gunakan fasiliti TNB.”

Kahwin di Thailand

Wanita tersebut juga tidak terkejut apabila mengetahui suaminya bernikah dengan wanita tersebut di Thailand selepas menggunakan alasan banyak kerja padahal bersuka ria di sana.

“Bila aku dapat tahu kau dah berkahwin dengan perempuan tu di Thailand dengan menggunakan alasan kau banyak kerja, rupanya ko pergi berseronok dan yang bawa kau ke Thailand juga orang pencen TNB dari Kedah yang biasa bawa orang bernikah di Thailand. Tak sangka ada part time job dalam TNB ni ye.

“Aku perlu bagi tahu sebab kau suka salahkan aku dalam semua hal. Ya mmg kita sedang tunggu perbicaraan penceraian pada 8/9 ini. Dan kepada isteri baru kau tu di harap bersabar. Insyaalllah kau berjaya.

Antara komen netizen:

“Aku geram, kenapa orang macam ni boleh hidup atas muka bumi, kesian la.”

“Tua-tua pun nak jadi penyondol juga”.

“Geli la dah tua macam gini”.

“Fuh bukti yang mantap ni. Boleh dakwa terus.”

Baca Juga: “Kita ada hak untuk memilih” – Wanita dihentam netizen sebab kupas kulit bawang sebelum beli

Baca Juga: Selepas 20 tahun didakwa baca khutbah anti Yahudi, imam kelahiran Perancis dihantar pulang ke Maghribi