Biasalah bila dah lanjut usia dan sudah bosan duduk di rumah, mulalah timbul idea-idea kreatif wanita-wanita diluar sana. Seorang warga emas tular dek kerana mengubah mesin basuh lamanya yang sudah rosak menjadi singki.
Video tersebut dikongsi di akaun TikTok @huda_jahar mengenai maklong yang sedang membasuh pinggan dalam mesin basuh yang telah siap diubah suai.
Netizen kagum melihat idea dan pemikiran wanita yang sudah berusia ini malah memujinya kerana mereka lebih memilih untuk membuang barang yang rosak dan tidak membaikinya.
Tapi buat wanita yang dikenali sebagai Rokiah ini, tidak kisah barang tersebut sudah pun rosak, dia akan mencari jalan untuk tetap menggunakannya.
Netizen mula membanjiri komen di TikTok ini dengan memuji tindakan maklong yang dikatakan kreatif.
“Betul tu, ada ja idea orang-orang dulu macam mak saya,” komen Ellia.
“Ya betul, orang-orang lama ni kreatif lain macam. Mak aku peti lama dia buat simpan barang-barang kering,” komen Aishah.
“Kreatif betul, kalau kita dah buang dah. Terbaik maklong,” komen pengguna TikTok.
“Tak membazir, walaupun dah rosak masih boleh guna untuk benda lain lagi,” komen Laila.
Sempat tengok gelang di tangan
“Gelang maklong pun noooohhh rokiaaahhhh,” komen Yana yang dibalas pemilik akaun dengan memaklumkan nama maklong memang Rokiah.
Fokus sinki ❌ fokus gelang ✅,” komen Sofea
“Slay molek gelang tangan maklong,” komen Alma
“Kirim salam maklong. Banyak gelang emas dia,” komen Hasrul.
Baca Juga: Gara-gara dituduh merogol, lelaki ini kena ketuk ketampi sebagai hukuman