from left : President of the Malaysian Indian Congress (MIC) Dato' Seri Samy Vellu Sangalimuthu and PDRM Pengarah Pasukan Petugas Khas (PPK) Dato Sri Mohd Fuzi bin Harun the event to give hands over cheque for families of policemen killed and injured in the Lahad Datu intrusion, at the Royal Malaysian Police (PDRM) new building, Bukit Aman Kuala Lumpur

Tun S Samy Vellu meninggal dunia di kediaman pagi ini

  • Post author:

Bekas Presiden MIC Tun S Samy Vellu meninggal dunia pada usia 86 tahun di kediamannya kira-kira jam 8 pagi di Jalan Ipoh dan dikatakan meninggal dalam tidur.

Perkara itu disahkan oleh Naib Presiden MIC, Datuk T Mohan ketika dihubungi Astro AWANI.

Berita itu turut dikongsi Datuk Seri Dr S Subramaniam dalam akaun peribadi Facebook miliknya pada Khamis.

“Dengan rasa sedih dan pilu saya menerima berita tragis pemergian Tun Samyvellu Mantan Presiden MIC dan Menteri lagenda dalam Kabinet Malaysia daripada anaknya DS Velpari. Bagi kebanyakan kita, dia adalah mentor utama.

“Sumbangan beliau kepada negara dan masyarakat India akan kekal dalam ingatan kami. MIED, Universiti Aimst, dan Kolej Tafe adalah sumbangan abadi beliau.

“Takziah kepada Toh Puan, DS Velpari dan seluruh ahli keluarga atas kematiannya. Dia menjalani kehidupan yang penuh dan mulia dan pergi dengan penuh penghormatan dan penghargaan yang mendalam. Semoga rohnya sampai ke kediaman Tuhan. Om Namashivaya.”

Baca Juga: Fasa pertama Lebuhraya SUKE akan dibuka dalam masa terdekat

Baca Juga: Cadang bina kasino bertaraf dunia di Pulau Pinang, mana Bersatu dan Pas?