Twitter bakal kenakan caj RM38 sebulan untuk tanda biru di tepi nama, siap boleh ‘edit tweet’ lagi

  • Post author:

Elon Musk yang sebelum ini main tarik tali dalam isu pembelian Twitter akhirnya membeli sosial media tersebut dan bakal mengenakan AS$8 (kira-kira RM38) sebulan untuk pengesahan akaun pengguna.

Bayaran tersebut adalah untuk menaikkan semula ‘sistem pemilikan semasa’ dan mewujudkan aliran pendapatan baharu untuk syarikat lapor Harian Metro.

Tidak tunggu lama selepas menjadi pemilik untuk melakukan perubahan, Elon Musk mengambil alih sepenuhnya gergasi media sosial itu dalam perjanjian bernilai AS$44 bilion (kira-kira RM208.4 bilion).

“Kuasa kepada rakyat! Biru (merujuk warna rasmi Twitter) untuk A$8 sebulan,” katanya menerusi ciapan.

Bayaran tersebut adalah untuk tanda tick biru disebelah nama anda untuk menunjukkan akaun ada sudah verified. Harga pelan baharu itu akan diselaraskan berdasarkan kepada kekuatan kuasa beli dalam kalangan pelanggan platform berkenaan bagi sesebuah negara.

Dalam ciapan tambahannya, Musk menambah Twitter akan memberi keutamaan dalam membalas dan mencari ciapan yang dianggap penting untuk mengelak daripada berlakunya penipuan.

“Kebolehan ciapan video juga akan diperluas, dengan iklan yang diminimumkan selain kemungkinan untuk pengguna mendapatkan pintasan pautan berbayar bagi penerbit yang bersedia bekerjasama dengan kami,” katanya.

Dah boleh edit tweet tanpa perlu delete

Selain menawarkan keistimewaan pengesahan, program baharu itu akan mengambil alih fungsi sedia ada Twitter yang kini tersedia pada harga AS$5 (kira-kira RM24) sebulan membolehkan pengguna menyunting ciapan mereka.

Ketua SpaceX dan Tesla itu berkongsi idea yuran langganan lebih awal lagi ketika membalas ciapan penulis Stephen King yang mengadu mengenai laporan perkhidmatan pengesahan itu akan menelan kos AS$20 (kira-kira RM95) sebulan.

“Kita juga perlu membayar bil. Twitter tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada pengiklan. Bagaimana dengan $8? (kira-kira RM38),” tulisnya.

Baca Juga: ‘Kembar’ Mira Filzah ditemui di TikTok, netizen doakan wanita ini dapat peluang berlakon

Baca Juga: Myvi terbalik pemuda ini masih boleh tersenyum sempat ‘berposing’ macam menang hadiah kereta