Ugut kanak-kanak guna bahan pornografi, lelaki warga asing ditahan

  • Post author:

Memiliki bahan pornografi adalah salah apatah lagi melibatkan kanak-kanak. Seorang lelaki warga asing dicekup polis tiga hari lepas setelah kantoi miliki sejumlah besar bahan pornografi kanak-kanak dalam komputer riba dan telefon bimbitnya.

Suspek dikatakan memerangkap mangsa (kanak-kanak) melalui sosial media bagi mendapatkan bahan berunsur terlarang itu, tidak cukup dengan itu suspek juga bertindak mengugut mereka dengan bahan tersebut.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mendapati kesemua mangsa adalah terdiri daripada kanak-kanak di luar negara dan bukan dari negara ini.

“Individu yang ditahan merupakan seorang pelajar di sebuah Institut Pengajian Tinggi (IPT) berusia 24 tahun.

“Kejayaan penahanan adalah atas usaha kerjasama erat antara Polis Diraja Malaysia dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat,” katanya dalam kenyataan awal pagi tadi.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban untuk pertuduhan di bawah Seksyen 5 Akta Kesalahan Kanak-Kanak 2017 serta Seksyen 10 Akta yang sama.

Baca Juga: Lima graduan hadiri konvokesyen terlibat kemalangan

Baca Juga: ‘Geng hobi mahal’ konvoi dekat jalan sempit, menyusahkan kenderaan lain nak potong