Ular masuk ke bahagian enjin kereta, netizen sifatkan misi keluarkan ular macam main tarik tali

  • Post author:

“Nak mengular pun tengoklah tempat. kan tak pasal2 dah kena tarik…,”

Itu antara komen netizen sebaik melihat video tular seekor ular sawa bersaiz besar memasuki enjin sebuah kereta sehingga pemandunya terpaksa meminta pertolongan daripada anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk mengeluarkannya.

Rata-rata netizen di TikTok terhibur melihat anggota JPAM yang bertungkus-lumus menarik ular sawa itu keluar.

Namun, terdapat juga netizen yang tertanya-tanya macam mana ular itu boleh masuk ke bahagian enjin.

“Mcm ne dye blh masuk dlm keta, kat enjin pulak tu,”

“Suke betul si batik ni duk kat enjin,byk terjadi,”  kata netizen di laman maya TikTok selepas melihat video tersebut.

Malah, ada juga warga maya dalam nada bergurau menyifatkan gelagat anggota itu seakan-akan bermain tarik tali sahaja.

“Macam main tarik tali…,”

“Sape menang??ular ke anggota???”

Itu antara komen-komen netizen yang dilihat kehairanan memikirkan bagaimana ular itu oleh masuk ke bahagian enjin.

Susulan itu, ada pengguna yang turut mempersoalkan mengapa tidak menghidupkan enjin kereta bagi menghalau ular itu.

Setakat ini perkongsian video menerusi akaun pengguna Tiktok Ceq86 tersebut berjaya meraih 477,000 jumlah tontonan.

Baca Juga: Insiden bas persiaran terbakar, kesemua 31 penumpang selamat

Baca Juga: PRU-15: Chin Tong ke Iskandar Puteri ganti Kit Siang