Ular muncul depan cermin kereta, netizen pun sama rasa seram

  • Post author:

Apa perasaan anda apabila sedang memandu, tiba-tiba ada ‘tetamu tak diundang’ di depan cermin kereta anda?

Apatah lagi, ia adalah reptilia yang membuatkan ramai gerun bila terserempak dengannya.

Rasa macam tak cukup tanah kan nak berlari bila nampak ular? Haa tapi kali ini binatang itu berada hampir dengan manusia, nasib baik lah ada cermin sebagai penghadang.

Berdasarkan video yang tular di media sosial itu, seekor ular dilihat menjalar di atas cermin sebuah kereta yang sudah menghampiri sebuah plaza tol.

Bukan sahaja mereka yang berada di dalam kereta itu berasa ‘kecut perut’, malah warga maya turut merasakan perasaan yang sama.

“Tak.. sekarang ini dia kat laluan Touch n Go…”

Komen itu kemudiannya dibalas seorang netizen.

“Kalau buka tingkap tu, kena ngap tangan,”

Seorang lagi netizen pula berkata, kalau situasi itu jadi kepada dia, dia pula akan keluar daripada kereta.

“Alamak tuan… bisa tak bisa belakang cerita… asal nama ular je, ku seram… sanggup keluar dari kereta,”

Harap-harap lepas ini, sesiapa yang nak memandu kereta, bolehlah periksa dulu sekeliling kenderaan sebelum bergerak ya.

Baca Juga: 21 juta rakyat dijangka turun mengundi, inilah masa untuk pilih kerajaan baru

Baca Juga: PRU15: SPR tetapkan tarikh mengundi 19 November