Umur 100 tahun, tapi doktor ini tetap nak kerja

  • Post author:

Selagi hayat dikandung badan! Seorang doktor tidak berhasrat untuk bersara meskipun sudah berusia 100 tahun.

Lebih menarik, Dr Howard Tucker dari Amerika Syarikat yang masih berkhidmat sehingga kini, diiktiraf doktor tertua di dunia oleh Guinness World Records.

Tucker yang menetap di Cleveland berkata, dia akan terus bekerja sepenuh masa iaitu 9 pagi hingga 6 petang.

“Saya percaya persaraan adalah musuh kepada umur yang panjang. Malah ketika muda saya tidak pernah sekali pun mempertimbangkan hal persaraan.

“Apabila kita seronok melakukan apa yang kita buat dan berkemampuan meneruskannya, kenapa perlu bersara?” katanya seperti dilapor UPI.

Menurut Tucker, beberapa hari selepas menyambut hari jadinya yang ke-100, Julai lalu, dia dijangkiti Covid-19, namun masih mampu mengajar secara dalam talian ketika tempoh pemulihan.

Tucker menerima pengiktirafan dunia itu pada Februari 2021 ketika berusia 98 tahun 231 hari.

Dia menyifatkan pengiktirafan itu sebagai penghormatan dan satu lagi pencapaian dalam kehidupannya yang membahagiakan.

Baca Juga: DUN Perak bubar hari ini

Baca Juga: “Dia tak ada kerja” – Musa balas sindiran Sanusi, jangan sibuk hal politik Pulau Pinang