Uncle Cina ini ingat cendol dekat kenduri kahwin kena bayar, sopan je tanya berapa harga

  • Post author:

Gelagat seorang Uncle Cina dekat sebuah majlis kenduri kahwin mencuit hati ramai. Mana tidaknya, dalam satu rakaman yang dikongsi pengguna media sosial, kegembiraan Uncle ini mahukan dua mangkuk cendol mencuri perhatian ramai.

Pada awalnya Uncle tersebut cuma bertanya jenis cendol yang disediakan. Kemudian dia membuat pesanan cendol berkenaan.

Namun tidak sangka pula Uncle berkenaan bertanya berapa harga cendol tersebut yang membuatkan peniaga cendol itu terkejut dan menyatakan bahawa makanan yang disediakan itu adalah percuma lalu mereka berdua ketawa.

Ramai terhibur melihat gelagat Uncle tersebut yang menyangka makanan di kenduri kahwin perlu dibeli.

Dia juga bertanya dengan sopan dan menggunakan nada perlahan membuatkan ramai lembut hati melihat Uncle ini seperti pertama kali menghadiri kenduri kahwin orang Melayu.

Meninjau di ruangan komen, ternyata ramai yang terhibur dengan gelagat Uncle tersebut dan menyatakan cara dia bertanya sangat sopan dan comel.

Tidak kurang juga ada yang berkata mungkin cara cendol itu disediakan seperti di kedai dan membuatkan Uncle tersebut keliru.

 

Baca juga: Hamil anak ketiga lebih mencabar, Mawar Rashid masuk hospital sebab dihidrasi

Baca juga: Bob Lokman meninggal dunia pada usia 58 tahun