[VIDEO] Biri-biri di utara China pusing kandang selama 12 hari tanpa henti

  • Post author:

Kadang-kadang dalam hidup ini, ada beberapa kejadian yang berlaku di luar pemikiran kita, sekali gus mengundang rasa pelik.

Itu yang terjadi di utara China, apabila sekumpulan biri-biri dilihat bergerak dalam bulatan selama 12 hari tanpa henti.

Menurut Metro UK, rakaman diambil dua minggu lalu menunjukkan ratusan biri-biri mengekori satu sama lain dalam formasi bulatan besar.

Pemilik biri-biri, Miao mendakwa, ia bermula dengan beberapa ekor biri-biri sebelum seluruh kawanan haiwan itu menyertainya.

Dalam video itu, beberapa biri-biri juga boleh dilihat berdiri sepenuhnya, tetapi masih bergerak dalam bulatan.

Walaupun jurang yang besar terbentuk, kumpulan haiwan ternakan itu dilihat tidak berpisah.

Walaupun tidak diketahui secara pasti apa yang menyebabkan biri-biri berkenaan berkelakuan seperti itu, ia dikatakan berpunca daripada jangkitan bakteria dipanggil Listeriosis.

Menurut Vets Ladang Penjagaan Mole, ia biasanya dikaitkan dengan silaj (rumput dimampatkan) yang rosak.

 

Dilaporkan terdapat 34 kandang biri-biri di tempat itu, tetapi hanya biri-biri di dalam kandang bernombor 13 yang dilihat bergerak dalam bulatan.

Penyakit itu menyebabkan keradangan satu sisi otak dan ada kalanya menyebabkan kelumpuhan pada bahagian yang terjejas.

Ketika dijangkiti, biri-biri akan menunjukkan perubahan tingkah laku iaitu jadi keliru.

Sebelum ini, media melaporkan sekumpulan biri-biri juga menunjukkan tingkah laku ganjil ketika di set penggambaran filem Mission: Impossible 8 di England.

Ia menyebabkan penggambaran aksi itu tergendala.

Video: Sumber Youtube

Baca Juga: [VIDEO] “Abang pulak dance,” gelagat comel Hayder buat ramai netizen tak kering gusi

Baca Juga: [VIDEO] Gara-gara ayahnya pakai baju sama, kanak-kanak ini ‘tersilap’ bapa