[VIDEO] Buat aksi ‘superman’ atas motor, makcik ini bukan biasa-biasa

  • Post author:

Jarang berlaku! Itu yang sesuai digambarkan kepada seorang wanita yang menunggang motosikal dengan gaya yang biasanya dilakukan segelintir kaum lelaki.

Baru-baru ini, sebuah klip video tular di media sosial Indonesia menunjukkan seorang wanita melakukan aksi ‘superman’ ketika menunggang motosikal.

Dalam video yang dimuat naik dalam akaun Instagram @andreli_48 itu, dia dilihat mengangkat kakinya ke belakang dan diletakkan di atas tempat duduk.

Tangan kirinya pula digenggam dan diangkat ke hadapan ala-ala superman.

 

Perakam yang mengekori wanita itu ketawa apabila dia berjaya memotong beberapa kenderaan lain dan memandu dengan laju walaupun tidak memakai topi keledar.

Video itu nampaknya telah menarik perhatian netizen di ruangan komen.

“Kebahagiaan orang itu lain-lain,”

“Agaknya dia stress. Banyak masalah,”

“Biarkan je dia itu, mungkin kurang bahagia sewaktu remaja,” seloroh netizen.

Baca Juga: Keluarkan oksigen dan bakteria, netizen tak jadi sedih Azal buang angin dalam video

Baca Juga: 22 tahun jadi aktivis, Fahmi Reza beritahu pendirian ‘tak suka idolakan orang lain, dan tak suka dijadikan idola’