[VIDEO] Gara-gara ayahnya pakai baju sama, kanak-kanak ini ‘tersilap’ bapa

  • Post author:

Seperti yang kita tahu, memiliki anak kecil atau kanak-kanak sudah pastinya mampu menceria dan memeriahkan lagi suasana, tidak kira di dalam atau luar rumah.

Setiap hari ada sahaja telatah dan gelagat mereka ini yang menghiburkan kita semua.

Bukan saja mulut yang banyak bercakap itu ini, tetapi kadang kala sikap mereka juga boleh membuatkan kita terhibur dengan mereka.

Terbaharu, menerusi video tular di laman TikTom yang dimuat naik oleh @btrisyialyana, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki berjalan bersebelahan dengan seorang lelaki yang disangkakan bapanya.

Kanak-kanak itu dilihat enggan berjauhan dengan lelaki tersebut, sementara pemilik video sudah tergelak besar.

Rupa-rupanya mak dan ayah kanak-kanak itu memakai baju warna yang sama dengan lelaki dan perempuan berkenaan.

Maka, tidak hairanlah kanak-kanak itu ‘pening’ untuk mengesan bapanya.

Setelah menyedari insiden tersebut, kanak-kanak tersebut bergegas berlari menuju ke arah bapanya.

Rata-rata netizen yang melihat video itu terhibur dengan gelagat adik tersebut.

“Masalahnya mak dia pun pakai putih juga!!,”

“Mak bapak masing2 pakai baju sama weh…patutlah anak nya silap.

“@HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA mcm mne dia tak ikut.. Dah dua-dua pakai baju sama!,” kata netizen.

Baca Juga:  Bukan biasa-biasa, lelaki ni guna air panas untuk cuci muka

Baca Juga: Spesis burung kuang yang dianggap pupus 140 tahun lalu, kini ditemui semula