[VIDEO] Mainan anak dikatakan ‘berhantu’, wanita nekad buang patung itu

  • Post author:

Kisah seram dialami seorang wanita ini menarik perhatian ramai apabila mendakwa mainan milik anaknya seolah-olah berhantu dan sering bergerak sendiri menyebabkan banyak perkara aneh berlaku.

Seperti dikongsikan pengguna TikTok @Sarasaera1, dia mendakwa sudah beberapa kali tetamunya diganggu makhluk misteri dan mengatakan sering mendengar seseorang mendengus kemarahan.

Tambah menyeramkan, tingkah laku anaknya juga dikatakan kelihatan aneh seperti sedang bermain dengan seseorang jika bermain dengan kuda tersebut.

Dia kemudian memilih untuk membuang mainan tersebut.

“Dah lama tahan, kali ini betul-betul nekad. Terlalu banyak kejadian aneh. Tak nak percaya tapi kena percaya juga sebab terlalu kerap terjadi.

“Sebelum ini aku baca kisah orang je tapi kali ini terjadi dekat aku sendiri.

“Terlalu banyak sangat gangguan datang dari benda ini. Anak aku seolah bermain dengan seseorang bila dia main dengan benda ini.

“Semalam ada tetamu datang tidur bahagian ruang tamu, pagi ini dia bagitahu aku dia tak dapat tidur. Dia dengar orang mendengus marah berkali-kali. Dia yakin bunyi itu datang dari benda ini,” tulisnya dalam video berkenaan.

Wanita berkenaan turut menceritakan rungutan anak saudaranya yang mengadu bahawa kuda mainan tersebut melompat sendiri di tepi katil sehingga menimbulkan ketakutan.

Saya nak kongsi lagi. Sepanjang mainan tu ada dekat rumah, saya memang simpan dalam bilik anak je.

“Satu hari tu anak buah saya tumpang tidur bilik anak dan dia mengadu bunyi kuda tu melompat-lompat tepi katil. Memang patutlahkan saya buang dia sebab ramai sangat dah tetamu yang mengadu benda sama,” katanya lagi.

Dalam video lain yang dimuat naik, wanita itu nekad meninjau semula lokasi tapak sampah tersebut namun mendapati kuda yang ditinggalkan itu sudah tiada kemungkinan diambil orang lain.

Baca Juga: [VIDEO] Lenggok kucing ini buat netizen rasa seperti…

Baca Juga: Seorang lelaki kerugian hampir RM415,000 selepas 300 iPhone dirompak