[VIDEO] Selain ada suara yang sedap, mata netizen turut terarah kepada ‘benda’ dipegang lelaki ini

  • Post author:

Bakat menyanyi bukanlah boleh dibeli, malah ia dilihat sebagai sesuatu yang datang secara semula jadi kepada insan ‘terpilih’.

Tapi, baru-baru ini ada seorang lelaki ini nampaknya berkebolehan menyanyi lagu Ada Apa Denganmu yang pernah dipopularkan oleh Peterpan.

Menerusi Tiktok @elulz.co. tular satu video memaparkan lelaki itu sedang menyanyikan lagu tersebut dengan penuh perasaan.

Selain suaranya, apa yang menarik perhatian netizen adalah botol sos yang digunakan lelaki itu sebagai mikrofon.

Menjengah ke ruangan komen, bermacam-macam soalan yang netizen tanya, kebanyakannya pasal botol sos itu!

“bang, nyanyi pakai sos apa tu? nak try jugak mana tau sama sedap ke hmm..,”

“tetiba jatuh cinta dgn soss..sosss mana soss nak borongggggg!!,”

“Botol sos main peranan..,” kata netizen

Malah warga maya turut memuji keenakan suara yang dimiliki lelaki itu.

“Baru pegang botol sos dah sedap ni kalau pakai mic bole duet dengan noah terus.

“terima kasih bang, walaupun saya tk dapat pegi konsert peterpan. yang ni pun tkpa dah,”

Setakat ini, perkongsian tersebut telah mendapat 1.2 juta tontonan, 126.4k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata teruja dan memuji nyanyian lelaki tersebut.

Baca Juga: Temui 187 syiling dalam perut seorang lelaki, doktor anggap kes itu sebagai ‘jarang jumpa’

Baca Juga:  Nampak halaman rumah menghijau, rupa-rupanya kena scam dengan air