Pada era 90-an dulu, genre ‘rock kapak’ semestinya menjadi pilihan pendengar-pendengar muzik tanah air dengan lagu-lagu yang orang kata tangkap cintan.
Dari semasa ke semasa, industri muzik tanah air nampaknya mula berubah dengan pelbagai genre mula diketengahkan, sekali gus berpotensi menjadi trending pada masa kini.
Namun, baru-baru ini, satu muzik video tular di laman sosial dan yang menariknya, ia seolah-olah mengembalikan kita pada zaman 90-an.
Dalam klip video itu, seorang pemuda menyanyikan lagu Mahligai Syahdu yang dipopularkan oleh Hattan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan komen yang mengimbau zaman rock kapak.
“Perghhh tak ubah macam zaman rock kapak 90-an dulu beb!”
“Sebijik macam klip video zaman muda-muda dulu, 90-an. Steady brader!”
“Wow macam video klip zaman 90an lah!”
Kredit: Instagram lawak_laah
Baca Juga: Salahkan isteri tak pandai jaga suami, influencer media sosial pernah hamil anak luar nikah