Visa umrah dilanjut sehingga 3 bulan

  • Post author:

Visa umrah akan dilanjutkan dari satu hingga tiga bulan untuk jemaah umrah dari semua negara.

Menteri Haji dan Umrah, Dr Tawfiq Al-Rabiah memaklumkan perkembangan terbaharu itu ketika lawatan rasmi dua harinya ke Tashkent, Uzbekistan dan disambut Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev.

Menteri itu menyampaikan salam Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman dan Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Mohammed Salman kepada Presiden Shavkat dan kerajaan dan rakyat Uzbekistan serta hasrat mereka untuk terus membangunkan Uzbekistan.

Mereka mendoakan kemakmuran kepada Uzbekistan berikutan pembaharuan yang sedang disaksikan republik itu serta menekankan lawatan itu adalah lanjutan daripada hubungan bersejarah yang terbilang antara kedua-dua negara dan menghasilkan beberapa perjanjian kerjasama dalam pelbagai bidang.

Perjanjian itu terutama dalam haji dan umrah, mencerminkan usaha besar kepimpinan dalam berkhidmat kepada Islam dan umat Islam, serta memudahkan prosedur untuk jemaah haji dan umrah.

Menurut Dr Tawfiq, musim haji baru-baru ini menyaksikan penyertaan kira-kira 12,000 jemaah Uzbekistan selepas pihak berkuasa meningkatkan jumlah jemaah berikutan penularan Covid-19.

Beliau berkata, lebih 36,000 orang dari Uzbekistan menunaikan umrah dalam tempoh dua bulan lalu.

Baca Juga: Lelaki lepaskan tembakan pada kereta, wanita ingat hanya letupan biasa

Baca Juga: Degil dia pun banyak manfaat tau – Sambau banyak khasiat, kucing dah lama tunjuk, manusia je lalai