Kadang-kadang dalam hidup ini, ada beberapa kejadian yang berlaku di luar pemikiran kita, sekali gus mengundang rasa pelik.
Begitu juga dengan kisah seorang perempuan dari Thailand ini yang memuat naik videonya makan kelawar.
Daily Star melaporkan, Phonchanok Srisunaklu yang juga seorang vlogger (video blogger) ditahan pihak berkuasa berikutan mencetuskan ketakutan baru terhadap pandemik.
Wanita itu bagaimanapun memadamkan video dan memohon maaf selepas berkongsinya di YouTube di mana penonton menyaksikan dia mengoyak daging kelawar yang dimasak dalam sup dengan tomato.
Polis mengesahkan pencipta kandungan makanan dari Thailand itu ditahan 10 Ogos lalu di wilayah Sakon Nakhon selepas memakan kelawar kuning Asiatik dan spesies yang dilindungi.
“Saya memohon maaf kepada semua orang. Saya tidak fikir apa yang saya lakukan adalah melulu, tetapi ia mungkin satu perkara yang tidak baik dan memohon maaf kepada semua pengikut yang kecewa dengan saya.
“Saya minta maaf kerana membuat awak berasa takut mengenai apa yang saya lakukan. Saya tidak tahu sama ada awak akan memaafkan saya atau tidak.
“Saya tidak memikirkannya sebelum ini. Saya betul-betul minta maaf. Saya minta maaf. Saya minta maaf kepada masyarakat. Saya salah,” katanya.
Phonchanok memberitahu polis dia membeli haiwan itu dari pasar berhampiran sempadan Thailand dengan Laos.
Baca Juga: Happy Amtasary Baby – Pasangan terhibur kedai salah eja anniversary, siap nyanyi lagu birthday pula
Baca Juga: Aduhai! Nasib baik monyet ni tak cedera