Umpama durian runtuh buat penduduk Koh Lanta, di wilayah Krabi apabila beribu-ribu ekor ikan melompat naik ke atas sebuah jambatan di pulau itu.
Semalam, berita Thaiger melaporkan, mereka menangkap dan membawa pulang ikan-ikan itu untuk dijadikan juadah.
Kejadian aneh itu disedari seorang penduduk ketika berlabuh di sebuah jeti.
Menurut pegawai di pejabat perikanan Wilayah Krabi, baka ikan tersebut dikenali sebagai ‘Ta Maew’, sejenis ikan yang sering ditemui di Koh Lanta.
Pegawai itu berkata, ikan tersebut akan berenang ke Koh Lanta pada dua musim iaitu Mac dan November dan ia dikatakan pergi ke Koh Lanta untuk bertelur.
Seorang penduduk, Sunan Madsaron pula berkata, meskipun ia sesuatu yang biasa untuk melihat kawanan ikan Ta Naew berenang di sepanjang pantai, dia tidak pernah melihat ikan-ikan itu melompat ke atas jambatan.
Tidak dapat dipastikan mengapa ikan-ikan itu bertindak demikian, namun kadang kala ia melompat keluar dari air disebabkan paras oksigen yang rendah.
Baca Juga: [VIDEO] Sikap ramah Neelofa dan PU Riz layan pekerja McD, disenangi ramai
Baca Juga: ‘Kedai kat mana ni, banyak sup dia’ – Pelanggan teruskan makan walaupun kedai dah naik air