Biasanya kita akan dengar ular patuk manusia, tapi kali ini ayat itu ‘berlawanan’ apabila seorang budak melakukan sesuatu yang di luar biasa.
Baru-baru ini di Chhattisgarh, tengah India, seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang dipatuk seekor ular, menggigit semula haiwan berkenaan sehingga mati.
Budak lelaki dikenali sebagai Deepak itu, dipatuk ketika cuba melindungi dirinya daripada reptilia berkenaan ketika bermain di rumahnya di Pandarpadh di daerah Jashpur.
“Bila ular itu belit tangan saya, saya dipatuk. Saya rasa sakit. Saya gigit ular itu dua kali lalu baling ular itu,” kata Deepak kepada pemberita awal minggu ini.
Menurut Agensi Anadolu memetik The New Indian Express, keluarganya kemudian membawanya ke klinik kesihatan.
“Dia segera diberikan racun antiular dan diletakkan dalam pengawasan sepanjang hari dan dibenarkan keluar,” kata pegawai kanan kesihatan daerah Jashpur, Dr Jems Minj.
Pegawai berkata, budak lelaki itu hanya menerima gigitan kering dan ular itu tidak mengeluarkan sebarang racun, sekali gus menyelamatkan nyawanya.
Baca Juga: “I derhaka ke?” – Lelaki jijik dapat tahu ibu jual diri untuk besarkan anak