Setiap orang di dunia ini memiliki kebolehan untuk menterjemahkan idea mereka, sekali gus berpotensi menghasilkan sesuatu yang luar biasa.
Daripada sesuatu yang ‘biasa’, tidak mustahil ia boleh menjadi yang ‘luar biasa’ apabila seseorang itu berfikir di luar kotak.
Baru-baru ini, cetusan idea antara syarikat makanan Heinz dengan firma perhubungan awam Wunderman Thompson berjaya menghasilkan pakaian antikotor.
Pakaian berupa jubah dinamakan sebagai ‘Unstainable Thobe’ itu berupaya kekal putih bersih tanpa sebarang kesan kotoran.
Ini kerana dihasilkan dengan keupayaan ‘menghalang kesan kotoran seperti sos makanan’.
“Inspirasi untuk menghasilkan jubah itu diperoleh daripada masyarakat dan budaya Teluk Arab kerana jubah merupakan pemakaian utama buat masyarakatnya.
“Usaha untuk memastikan jubah yang dipakai sentiasa bersih dan putih menunjukkan keprihatinan dan kebangsaan bagi masyarakat Arab,” kata penulis iklan kanan Wunderman Thompson Dubai, Adham Abdullah.
Menurut Arab News, jubah itu dilancarkan menerusi kerjasama yang mengikuti rekaan tradisional jubah Arab, tetapi para pereka menyasarkan untuk meluaskan pengeluarannya dalam rekaan versi Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Oman.
Jubah tersebut mengambil masa setahun untuk dihasilkan, dari fasa pembentukan konsep, kelulusan, ujian dan penghasilan
“Fasa ujian merupakan fasa yang paling lama. Ia mengambil kami masa beberapa bulan untuk mendapatkan teknologi yang tepat dan beberapa bulan lagi untuk mempelajari cara terbaik untuk menggunakan teknologi itu pada jubah tanpa menjejas unsur semula jadinya sambil memastikan ia menawarkan perlindungan yang diperlukan untuk mencegah sebarang kotoran,” kata Pengarah Kreatif Wunderman Thompson Dubai, Tiago Bastos.
Selain itu, si pemakai tidak perlu risau sekiranya lapisan perlindungan kekotoran itu akan terjejas selepas dicuci, kerana teknologi yang digunakan membolehkannya bertahan bagi jangka panjang.
Namun, pemakai diingatkan supaya tidak sesekali menggosok kesan tumpahan atau kotoran, sebaliknya cuci dengan air sekali gus kotoran akan hilang.
Buat masa ini, jubah tersebut tidak dijual dalam pasaran, namun boleh dimenangi menerusi akaun media sosial Heinz.
Baca Juga: Isu produk Nutrimalt, 7 Eleven nafi produk tersebut ada alkohol
Baca Juga: [VIDEO] Sikap ramah Neelofa dan PU Riz layan pekerja McD, disenangi ramai