Wah! Ingatkan naik motor je pakai topi, jawab periksa pun pakai topi

  • Post author:

Meniru dalam peperiksaan sememangnya salah, dan perbuatan itu dilihat perlu dibendung bagi mengelakkan ia menjadi kebiasaan sesetengah pelajar.

Tak seronok lah kan kalau kita boleh score dalam peperiksaan, tapi sebenarnya meniru kawan yang lain.

Baru-baru di tular di media sosial pelajar di sebuah kolej di Bandar Legazpi, Filipina diminta memakai penutup kepala.

Ia bertujuan menghalang mereka daripada mengintip kertas jawapan peperiksaan kawan-kawan yang lain.

Menurut BBC, majoriti antara mereka mencipta topi buatan sendiri daripada kadbod, kotak telur dan bahan kitar semula yang lain.

Terdapat juga pelajar yang memakai topi, topi keledar atau topeng Halloween ketika mengambil peperiksaan.

Seorang profesor kejuruteraan mekanikal di sebuah kolej kejuruteraan yang dikenali Mary Joy Mandane-Ortiz berkata, idea berkenaan sangat berkesan.

Ia dilaksanakan untuk peperiksaan pertengahan penggal baru-baru ini yang telah diduduki ratusan pelajar di kolej itu pada minggu ketiga bulan Oktober.

Menurut Profesor itu lagi, pada awalnya  pelajar-pelajar diminta membuat topi yang mempunyai reka bentuk mudah daripada kertas.

Dia mendapat idea itu daripada teknik yang dilaporkan digunakan di Thailand beberapa tahun sebelum ini.

Baca Juga: TMJ nasihatkan Bangsa Johor untuk jaga tingkah laku

Baca Juga: Tak lagi kejar populariti, Neelofa syukur dengan susunan Allah