Wah! Kagum dengan adik ini, kecil-kecil dah pandai makan petai

  • Post author:

Bukan biasa-biasa apabila seorang kanak-kanak di Indonesia menjadikan beberapa keping petai dan ikan goreng sebagai menu sarapan.

Biasanya, menu itu menjadi pilihan orang dewasa, manakala roti dan sandwich adalah pilihan kanak-kanak.

Gelagat anak kecil bernama Adekta itu mencuri tumpuan ramai apatah lagi dia membawa petai mentah ke sekolah.

Netizen turut kagum dan memuji sikap berdikari Adekta dalam menyiapkan bekalannya sendiri.

Video Adekta mula tular di TikTok selepas ibu saudaranya memuat naik videonya sedang menyiapkan sendiri sarapan untuk dibawa ke sekolah.

Menerusi video tersebut, Adekta ditegur ibu saudaranya kerana membawa banyak petai ke sekolah.

Lalu Adekta menjawab, ia untuk dimakan bersama-sama rakan-rakannya.

Bagus didikan terhadap adik Adekta bukan sahaja comel, malah pemurah orangnya.

Baca Juga: Piala Dunia 2022 bakal jadi kejohanan terakhir Messi

Baca Juga: Ada orang ketiga, rumah tangga Krisdayanti pula bergoyah