Wah! Permainan ni betul-betul mengimbau zaman kanak-kanak

  • Post author:

Zaman kanak-kanak adalah zaman yang kita dapat lihat budak-budak seronok bermain dan bergelak ketawa bersama kawan-kawan.

Setiap hari ada sahaja permainan yang hendak dimain, macam-macam idea keluar daripada fikiran mereka kan? Selagi tak Maghrib, selagi tu tak balik.

Namun, lama kelamaan permainan zaman kanak-kanak akhirnya ditelan zaman, apatah lagi sekarang ini musim orang sibuk dengan gajet atau telefon pintar masing-masing.

Bila dah meningkat usia, kadang-kadang manusia ini suka mengingati kembali zaman kecil mereka.

Namun, menerusi satu video tular di TikTok, permainan ‘nostalgia’ itu kembali dimainkan, sekali gus mengimbau kenangan zaman dahulu.

Wah! Seronok betul ya!

Dalam video itu, kelihatan sekumpulan orang dewasa bermain permainan pada zaman kanak-kanak.

Mereka kelihatan sungguh gembira apabila bermain permainan ‘baling tin’ yang cukup popular pada zaman dulu.

Seperti biasa, apabila ke ruangan komen, ramai warganet yang terus mengimbau kenangan waktu kecil mereka selepas melihat rakaman video itu.

“Wahh best nya main benda ni!”

“Rindunya zaman main ni.. zaman tanpa gajet, sihat tubuh badan, mata semua la..”

Baca Juga: Penah disebat kerana penyalahgunaan dadah, Fuad Rahman teringat sakit kulit tersiat

Baca Juga: TLDM tahan 14 kru, tiada dokumen tangkap ikan yang sah