Orang ramai yang mengunjungi Muzium Masa Depan di bandar raya Dubai, kini berpeluang melihat dan disambut oleh robot humanoid, paling canggih di dunia.
Menurut Arab News, robot dinamakan Ameca itu, dilengkapi dengan teknologi kepintaran buatan (AI) dan dibangunkan syarikat Engineered Arts yang berpangkalan di England
“Pergerakan seperti manusia dan ekspresi muka yang canggih membolehkan Ameca berinteraksi dengan sesiapa sahaja,” kata pihak pengurusan muzium di laman sesawangnya.
Baru-baru ini, Muzium Masa Depan memperkenalkan Ameca sebagai kakitangan baharu yang menyertai muzium itu pada hari pertama kerjanya.
Rakaman video itu dimuat naik oleh pihak pengurusan muzium di laman Instagram.
Dalam video tersebut, Ameca secara berseloroh menyatakan kepada rakan sekerjanya, ‘Jangan risau, saya tidak akan menggantikan tempat anda.’
Dibuka sejak Februari lalu, Muzium Masa Depan dianggap menjadi antara bangunan paling cantik di dunia.
Baca Juga: Individu positif Covid-19 dibenar mengundi
Baca Juga: PH lancar manifesto Khamis depan – Anwar