Wah! ‘Tarzan Barcelona’ anjur kelas panjat pokok

  • Post author:

Nampak mudah, tetapi tidak senang.

Seorang lelaki yang digelar ‘Tarzan Barcelona’ kini menjadi perhatian selepas mengadakan kelas memanjat pokok seperti monyet kepada orang ramai.

Victor Manuel Fleites menyifatkan, nyawa akan menjadi taruhan sekiranya individu itu tersilap percaturan ketika memanjat pokok.

Menerusi kelasnya, Fleites menggunakan beberapa pokok sebagai tempat untuk mengajar orang ramai bagaimana untuk memanjat dengan mudah seperti monyet.

“Kita bergerak seperti haiwan, dari dahan ke dahan. Kelas ini menggabungkan kegiatan sukan dan hubungan dengan alam semula jadi.

“Seperti yang saya terangkan, aktiviti ini bukan sahaja boleh dianggap sebagai sukan yang menyihatkan, tetapi juga bagaimana kita memahami alam semula jadi yang unik,” katanya.

Mereka yang berminat untuk menyertai kelas tersebut hanya perlu membayar yuran sebanyak 10 euro (RM45) untuk satu sesi.

Dalam pada itu, lelaki itu mengakui ada pihak yang mengkritik kelasnya, namun dia enggan mengendahkannya.

Baca Juga: Ramai sebak tengok usaha ayah ini nak gembirakan anaknya

Baca Juga: Lebih 17,000 pendatang masuk sejak April, New York umum darurat