Dalam hidup ini, sebenarnya macam-macam perkara menarik ada di sekeliling manusia, sehingga sampai satu tahap kita boleh menganggap ia juga sesuatu yang unik.
Begitu juga dengan satu cerita ini yang ada kaitan dengan pemanduan di pejabat. Macam mana tu?
Sepasukan pereka dan jurutera syarikat pengeluar kenderaan, Volkswagen membina sebuah kerusi pejabat berteknologi tinggi yang boleh ‘dipandu’ dengan kelajuan mencecah 20 kilometer sejam.
Menurut laman berita Oddity Central, pejabat boleh bergerak itu dilengkapi dengan motor dan sistem kawalan yang membolehkan pengguna memandunya ketika bekerja di pejabat.
Matlamat projek tersebut adalah untuk menawarkan beberapa ciri yang tersedia pada kereta Volkswagen untuk digunakan pada kerusi pejabat.
Pasukan tersebut bukan sahaja berjaya membina motor sebenar dan sistem kawalan pemanduan untuk kerusi itu, bahkan ia turut mengetengahkan citi tali pinggang keledar, hon, pembesar suara dan rim kecil untuk roda kerusi.
Kerusi pejabat futuristik itu juga dilengkapi sistem deria pencegahan pelanggaran 360 darjah, kamera sandaran, paparan skrin sentuh, lampu depan pada tempat letak tangan, lampu diod pemancar cahaya (LED), ruang pengecasan USB, poket kecil untuk menyimpan dokumen dan logo Volkswagen pada penyandar kepala.
Ia turut disertakan dengan bateri yang boleh ditukar serta menawarkan jarak pemanduan sehingga 12 km dengan sekali cas.
Menurut Volkswagen, kerusi itu dibina hanya sebagai satu projek pemasaran untuk menyerlahkan pelbagai ciri yang dipandang remeh oleh pemandu.
Syarikat itu juga berkata, kerusi berkenaan akan ‘tersedia untuk dipandu uji di pelbagai lokasi’ dalam masa terdekat.
Baca Juga: Melihat adik ini ‘mandi’ telur ayam, netizen seloroh suruh ibu bapanya bersabar
Baca Juga: PRU-15: Fahmi Fadzil tekad tidak ambil gaji jika dilantik dalam Kabinet