Wajib samak, sertu atau tidak jika beli barangan terpakai dari ‘non muslim’, ini jawapannya…

Adakah kita orang Islam diwajibkan samak, sertu atau tidak apabila membeli barangan terpakai dari ‘non muslim’ jawapannya tidak wajar.

Ini kerana barangan tersebut tidak mempunyai sebarang tanda yang membuktikan ianya tercemar dengan najis mughalazah.

Kolum AD-DIN yang disiarkan di portal mStar menjelaskan tindakan penyucian peralatan elektrik dengan cara samak atau sertu tersebut sebenarnya tidak wajar kerana barangan tersebut tidak mempunyai sebarang tanda yang membuktikan ianya tercemar dengan najis.

Laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang dipetik oleh portal itu juga menyatakan tindakan samak atau sertu barangan yang dibeli dari orang bukan Muslim sebenarnya adalah tidak wajib.

Namun, sunat dibasuh dengan air yang bersih sahaja sebelum menggunakannya dan jika basuhan tersebut boleh merosakkan peralatan tersebut, maka tidak perlu untuk dibasuh untuk mengelakkannya dari rosak.

“Islam menuntut umatnya supaya mengambil berat aspek kebersihan dalam kehidupan. Namun dalam aspek ini juga mestilah berpandukan hukum-hakam yang telah ditetapkan syarak.

“Dalam aspek yang berkaitan ketidakpastian atau ragu-ragu dalam permasalahan najis, maka hendaklah berbalik kepada kaedah hukum asal bagi sesuatu barang itu adalah suci,” jelas laman web tersebut.

Jika seseorang itu syak dan tidak dapat dipastikan sesuatu itu bernajis atau tidak, maka hendaklah ia menghukum sesuatu itu tidak bernajis sehinggalah wujud bukti kenajisan itu.

Hal ini bertepatan dengan kaedah fiqh yang menyatakan, maksudnya: hukum asal sesuatu barang itu kekal sepertimana keadaan sebelumnya.

Terdahulu tular di media sosial video mengenai perkhidmatan penyucian peralatan elektrik dengan cara samak atau sertu ini yang menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam.

Baca juga:

Bola ‘Hand of God’ disepak Maradona pada Piala Dunia 1986 bakal dilelong dengan harga RM15.9 juta

Baca juga:

Sengaja sebar gambar Asyraf Wajdi hilang integriti tidak layak jadi calon PRU15, kata Pemuda Pas Kelantan