Wanita cuba bunuh diri, bomba ambil tindakan untuk tendang masuk ke dalam rumah

  • Post author:

Proses menyelamat pastinya ada pelbagai cara, secara kasar mahupun secara baik. Tindakan pantas anggota bomba ini Brazil ini berjaya menyelamatkan wanita tersebut apabila dia menendangnya masuk semula ke dalam rumah.

Video tersebut menjadi sensasi hingga berjaya meraih lebih empat juta tontonan. Video yang dimuat naik di Twitter itu menunjukkan seorang wanita duduk di tebing tingkap dengan kakinya terjulur keluar bangunan lapor India Today.

Namun video ini adalah video lama dari tahun 2015 dan baru tular sekarang di media sosial seperti yang dilaporkan Mail Online mengenai percubaan seorang wanita yang mahu terjun dari tingkat 10 bangunan kediamannya bertarikh 29 April 2015 sebelum dia selamatkan oleh anggota bomba terbabit.

Anggota bomba yang turun dari tingkat atas, diikat dengan tali keselamatan bertindak menendang wanita itu masuk semula ke dalam rumah untuk mengelakkannya daripada terjun ke bawah.

“Tindakan bijak seorang anggota bomba Jepun menyelamatkan nyawa wanita yang berniat bunuh diri,” demikian menurut kapsyen video tersebut. – Agensi

Baca Juga: Lori tukar laluan waktu sesak jadi punca utama dua kematian

Baca Juga: Anak hitam ke kulit gebu ke-Hakikatnya bila jadi ibu bapa anak sendirilah paling comel