Wanita didakwa bunuh bayi sendiri dihadap ke mahkamah hari ini

  • Post author:

Seorang wanita yang didakwa membunuh anaknya sendiri dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Ampang hari ini atas pertuduhan membunuh bayinya yang berusia enam bulan 23 Ogos lalu.

Tertuduh, Zainah Misdin, 34, mengangguk faham namun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibaca oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Amalina Basirah Md Top.

Mengikut kertas pertuduhan, wanita tersebut didakwa melakukan perbuatan itu di No 32, Jalan Seladang 2, Kampung Klang Gate, Hulu Langat pada 7.40 malam, 23 Ogos lalu.

Dia turut didakwa melakukan perbuatan itu bersama seorang individu yang masih bebas dengan niat menyebabkan kematian. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati jika disabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ameera Sam Kamaruddin, manakala tertuduh diwakili Swinder Singh. Nurul Ameera tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 6 Disember hadapan untuk sebutan semula kes.

Baca Juga: “Tua-tua nak jadi penyondol juga”- Netizen kecam wanita dah berusia rampas suami orang

Baca Juga: ‘Sekarang semua saya bayar cuma guna duit dialah’, sebelum kahwin ‘tong-tong’ isi minyak, makan