Wanita ini ‘masak’ nasi dalam peti ais, tengok apa jadi…

  • Post author:

Kadang-kadang dalam hidup ini, ada masanya kita tidak memberi tumpuan dengan apa yang kita buat.

Lumrah manusia, setiap masa ada saja benda yang bermain di fikiran sehingga kita sendiri ‘mengelamun’ tanpa sedar.

Bak kata orang, tangan bergerak, tapi fikiran entah ke mana dan itulah yang terjadi kepada seorang wanita di Indonesia.

Baru-baru ini tular video menunjukkan seorang wanita terlupa memasukkan beras yang sudah dicuci ke dalam periuk elektrik untuk memasak nasi.

Apa yang menarik perhatian netizen, wanita tersebut memasukkan nasi itu ke dalam peti sejuk beku.

Dalam video itu, wanita berkenaan membuka peti sejuk di rumahnya dan menunjukkan ruang sejuk beku.

Dia terkejut melihat periuk nasi itu berada di dalam ruang tersebut, kemudian mengeluarkan periuk dan sekali lagi terperanjat apabila melihat beras yang sudah dibasuh itu, bertukar menjadi ais.

Dia berkata, pada awalnya ingin memasukkan beras itu ke dalam periuk nasi elektrik tetapi fikirannya ‘melayang’ ketika itu.

Video dimuat naik dalam akaun TikTok @kustie itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Saya pernah nak cuci rambut, dah ambil shampoo, tapi saya pakai shampoo tu buat cuci muka,” kata seorang netizen.

“Tapi kalau memang dah penat sangat, kadang-kadang kita boleh buat sesuatu tanpa sedar,” kata netizen lain.

Baca Juga: Wah! bukan biasa-biasa, lepas kena patuk, lelaki ini ‘gigit’ pula ular itu sampai mati

Baca Juga: Lelaki ini baru tahu dia ada bakat ‘luar biasa’ lepas sedar daripada koma