Wanita jual surat cinta mak pada harga RM3 juta, tak sangka bekas kekasihnya Bob Dylan

Seorang wanita sanggup menjual surat cinta ibunya yang telah meninggal dunia pada harga AS$670,000 (RM3.07 juta). Lebih mengejutkan ibunya juga adalah kekasih zaman sekolah kepada  bintang rock Amerika Syarikat (AS), Bob Dylan

Surat-surat kepada Barbara Ann Hewitt lewat tahun 50-an itu dijual kepada sebuah kedai buku popular di Portugal, Livraria Lello. Anak perempuan Hewitt me­nemui surat itu selepas ibunya meninggal dunia pada 2020.

Surat tersebut adalah mengenai pasangan kekasih yang berkongsi impian sambil penyanyi berusia 81 tahun itu meluahkan rasa cintanya. Surat tersebut ditulis semasa zaman beliau dikenali sebagai Bob Zimmerman.

Dalam surat tersebut, Dylan turut berkongsi rancangan untuk me­nukar namanya pada masa hadapan dan berharap untuk menjual berjuta-juta piring hitam satu hari nanti.

Simpan 42 surat untuk peminat dan sarjana

Livraria Lello merancang untuk menyimpan 42 surat tulisan tangan berjumlah 150 muka surat lengkap yang tersedia kepada peminat Dylan dan sarjana untuk dikaji, kata firma lelongan, RR Auction dalam satu kenyataan pada Jumaat lalu.

Dalam surat yang ditulis, Dylan turut menjemput kekasihnya ke sebuah rancangan dipanggil Buddy Holly. Dia juga menulis beberapa puisi sambi menyatakan rasa sa­yangnya kepada Hewitt.

Baca Juga: Tebar roti canai guna sebelah tangan, wanita kagum lihat lelaki OKU bekerja

Baca juga: Anwar risau sentimen perkauman yang panas di TikTok